Thursday, May 3, 2012

tazkirah

ADAB MEMBUANG AIR DI DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang lengkap, meliputi seluruh kehidupan amalan manusia sejak sebelum lahir hinggalah seseorang anak adam itu meninggal dunia. Islam juga menuntut setiap umatnya sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. Allah swt berfirman yang bermaksud  (sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya). Al-Baqarah 222. Betapa hebatnya syariat agama Islam kerana setiap perbuatan dan amalan ada ganjarannya disisi Allah.Sehingga hendak membuang air pun ada adab-adab dan peraturan-peraturannya samaada air kecil atau besar. Diantara adab-adab membuang air adalah seperti berikut.

  1. Haram mengadap kearah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air dikawasan lapang, walau bagaimanapun disunatkan tidak mengadap atau membelakangi kiblat apabila membuang air didalam bangunan seperti tandas atau ada dinding atau tabir antara orang itu dengan kiblat.
  2. Haram membuang air ditempat-tempat ibadat walaupun tempat ibadat itu adalah tempat ibadat pengganut agama lain.
  3. Makruh membuang air didalam air yang tidak mengalir atau didalam air mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak maka yang lebih baik dielakkan dari membuang kedalamnya. Menurut Imam Al Nawawi, diharamkan membuang air didalam air yang tidak mengalir (bertakung).
  4. Makruh membuang air dibawah pokok buah-buahan sama ada ketika pokok itu berbuah atau tidak.
  5. Makruh membuang air didalam lubang dan dicelah rekahan tanah.
  6. Makruh membuang air di jalanan, ditempat berteduh atau tempat berteduh haiwan ternakan dan didalam lubang yang bukan digali khas untuk membuang air.
  7. Makruh bercakap,menangis atau ketawa ketika membuang air kecuali jika ada keperluan mustahak yang mendesak.
  8. Makruh mengadap kearah matahari dan bulan ketika membuang air
  9. Makruh membuang air didalam keadaan berdiri, mengunyah sesuatu atau minum.digalakan juga supaya tidak membaca sesuatu seperti majalah,buku dan ber SMS.
  10. Kita juga di larang membazirkan air ketika istinja’. Membazir itu saudara syaitan.
  11. Hendaklah berlindung dari pandangan manusia,carilah tempat yang tersorok kerana melibatkan aib si pelaku.
  12. Tidak boleh membawa bersama-sama sebarang lembaran,kertas atau benda yang mempunyai padanya catitan atau lakaran nama Allah, Al Quran dan seumpamanya ketika membuang air. Apatah lagi kalau membacanya dan berzikir dengan nada yang kuat.Seandainya terlupa, sengaja atau tidak sengaja hendaklah segera memohon ampun dan taubat dengan melakukan solat sunat taubat 2 rakaat. Serta berazam tidak mengulangi lagi.
  13. Di sunatkan masuk kedalam tandas menutup kepala dengan sesuatu.
  14. Di sunatkan membaca doa sebelum dan selepas membuang air.

Semoga apa yang dipaparkan didalam tazkirah pada kali ini, menjadi panduan kepada kita untuk mengamalkannya dengan sebaik-baiknya. Sesiapa yang tidak pernah mengamalkannya eloklah mulakan dari sekarang, izinkan diri kita untuk hampir pada Allah, jangan kita hampir pada kemurkaannya dan syaitan yang dilaknat. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan sebelum terlambat.